Sunday, November 30, 2014

Breast feeding ~ ibu2 pon dapat manfaat tau !

Hai mommies..buat  ape hari  minggu ni? saya, macam biasa la..hari Ahad, pagi2 kemas umah, basauh baju..mane tahu, kot2 nak kuar bawak anak2 jalan2, senang la nnt kan..hehe..

Hari ni nak share tentang faedah2 yang ibu2 dapat jika menyusukan anak.. Haaaa...bukan anak je dapat susu terbaik..tapi ibu2 jugak dapat baaaaanyakk faedah daripadanya...

*  membantu proses mengecutkan rahim ibu dengan cepat, sekaligus dapat mengurangkan risiko pendarahan..atau dikenali juga dengan istilah tumpah darah

*  dapat mngeratkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi..mane tak  ye kan..hari2 melekap je ngn ibu, mestila wujud rasa kasih tu kan..macam ade magnet antara ibu dan anak..

*  ibu2 yang menyususukan anaknya, berisiko rendah untuk mendapat penyakit barah payudara dan ovari.

*  proses menyusukan bayi secara eksklusif juga dikatakan dapat membantu ibu2 menjarakkan kehamilan..agen perancang keluarga semulajadi laa kan.. :)

*  susu ibu adalah percuma..jadi, dapatla membantu ibu2 mengurangkan kos perbelanjaan membeli susu formula untuk anak..seperti yang kita tahu, susu formula di pasaran sekarang memang mahal harganya..

*  prolaktin melambatkan aktiviti ovarii..jadi, dengan menyusukan bayi, ia dapat melambatkan kedatangan haid kepada ibu2 yang menyusukan bayi secara penuh..

Hmmmm...banyakkan kelebihan ibu2 yang menyusukan bayi ni..Jadi, dengan kelebihan2 yang ada ni, diharapkan makin ramai ibu2 yang mengambil peluang untuk menyusukan anak2 secara eksklusif..

Ibu2 perlu diberi info dan kesedaran tentang pentingnya susu ibu.. x ramai yang sanggup bersusah payah menyusukan bayi secara eksklusif..x ramai juga yang sanggup bersusah payah mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi sepanjang berada bersama pengasuh.. masih terlalu ramai ibu2 yang mengambil langkah mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka..

Peluang dah ada, jadi, semuanya bergantung kepada ibu2 sendiri untuk memilih yang terbaik untuk diri dan bayi mereka.. :)

2 comments:

  1. salam ziarah kembali... :)

    sy berazam nk susukan ank till 2 yrs old insyaAllah

    bby sy ketika ditinggalkan haji haritu dah pandai bebrotol, tp balik dr haji sy BF semula sbb x sampai hati nak biarkan hak susu badan dia ada lg setahun... moga dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn..moga Allah mudahkan urusan puan sekeluarga..amiinn

      Delete