Sunday, November 9, 2014

Tips murah rezeki

Tips hari ini..

Istimewanya golongan ini.. Jom kita usaha jadi sehebat mereka.. x dapat semua, usaha menjadi.salah satu.daripadanya pon.sangat memadai :)

1) Orang yang suka bercakap dengan muka manis dan lemah -lembut

2) Orang yang suka menjamu makan kepada orang ramai

3) Orang yang sering berpuasa

4) Orang yang memilih untuk bersolah tahajjud ketika orang lain sedap tidur.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sayyidina 'Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda," Di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang dari luarnya boleh nampak semua perkara yang ada di dalamnya dan dari dalamnya boleh nampak semua perkara yang ada di luarnya,”.

Para sahabat bertanya, " Untuk siapakah kamar-kamar itu?

Baginda SAW menjawab, " Untuk orang-orang yang berbicara dengan cara yang baik
( yakni tidak bercakap kasar dengan muka masam ), memberi makan kepada orang ramai, sentiasa berpuasa dan berdiri bersolah tahajjud pada waktu malam semasa orang lain nyenyak tidur."
 (HR: Tirmizi )

No comments:

Post a Comment