Wednesday, November 26, 2014

Mengurus URI

Assalamualaikum kawan2 :)
Apa kabar semua? Moga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah..

Hari ni saya nak berkongsi tentang cara2 menguruskan uri..

Uri yang keluar bersama bayi adalah sebahagian daripada bayi.  Oleh itu, ianya perlu dijaga dan diuruskan dengan baik.

Pada kebiasaannya, pihak hospital akan menyerahkan uri ni kepada suami atau wakil keluarga untuk diuruskan dengan segera.  Walau bagaimanapun, tidak ada dalil yang menyatakan bahawa uri ini perlu diuruskan seperti jenazah.  Apa yang perlu dilakukan ialah membersih dan menanamnya di tempat yang selamat.

Apa yang perlu suami lakukan dengan uri ni??
~ membasuh uri dengan air bersih
~ membalut dengan kain yang bersih
~ menanam di tempat yang selamat agar tidak dimakan oleh binatang liar


Namun begitu, bagi kes2 yang berisiko seperti ibu yang mempunyai jangkitan HIV, uri akan diuruskan oleh anggota kesihatan di hospital sebelom dibawa pulang.

Amalan Adat

Ada sebahagian masyarakat kita masih lagi mengamalkan macam2 cara dalam pengurusan uri ni.. Ade yang letak asam garam, jarum, paku.  Menurut kepercayaan mereka, supaya uri tersebut tidak diganggu oleh makhluk halus..

Teringat pengalaman mase bersalin anak kedua.. Mase tu duduk di rumah sewa.  Balik dari hospital, suami nak uruskan uri.. dah siap basuh bersih, bungkus dalam kain berssih.. pastu gi umah jiran nak pinjam cangkul.. jiran tu siap bg sebatang pensil untuk ditanam bersama uri!!  Menurut kepercayaannya, supaya anak tu nanti akan jadi budak yang bijak bila besar nnti...hehehe..macam2 kan kepercayaan masyarakat kita..

Amalan2 ini bertentangan dengan syariat Islam dan ia boleh membawa kepada khurafat.. Jadi, xperlulah kita ikut ye.. :)

Anda ada pengalaman menarik ketika menguruskan uri.. Jom berkongsi dengan saya :)

No comments:

Post a Comment