Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

2014 hampir melabuhkan tirainya..

Kehidupan yang penuh suka dan duka dalam perjalanannya selama setahun..Alhamdulillah, syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan..

Banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki...moga ianya menjadi pengalaman hidup dan sebagai panduan untuk menghadapi hari-hari mendatang..

Moga kedatangan 2015 membawa kebahagiaan buat kita semua..tanamkan azam yang baru..dengan harapan kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya..baik dari segi akhlak, ibadat, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia..

Harapan saya, moga saya terus success bersama Shaklee..jom tanam impian..bayangkan yang indah-indah..moga ianya menjadi milik kita suatu hari nanti...amiinnn


Minuman Berkhasiat untuk Ibu Hamil

ESP adalah kegemaran ramai orang. Masakan ia menjadi BEST SELLER produk bagi Shaklee. Ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira lelaki atau perempuan, dewasa, kanak-kanak dan warga emas. Siapa nak cantik boleh ambil ESP, hasilnya kulit jadi mulus. 

Siapa nak kurus boleh ambil ESP, hasilnya rasa kenyang yang lebih lama dah tidak 'craving' untuk makan itu dan ini. 
Di sini saya nak cerita kebaikan dan kelebihan ESP untuk wanita mengandung. Ya, saya sangat teruja untuk berkongsi dengan ibu-ibu sekalian kerana saya juga ambil ESP ni sepanjang  kehamilan ke 5 baru2 ni.. dan saya sangat menggemari minuman kegemaran ramai ini. ESP bukannya sebarang minuman, ia sangat istimewa kerana ia adalah minuman Protein yang di perbuat dari Non-Gmo Soya, soya yang diproses dengan kawalan ketat dan teliti untuk menjamin kualiti produk. 




Terdapat 5 Kebaikan Utama ESP untuk wanita mengandung

1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 
ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.


2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes
Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yang rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.

3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 
Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN. Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 

4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.
Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum.

Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 

5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 
Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain



Khasiat ESP ini telah terbukti dan diakui sendiri oleh ibu-ibu yang konsisten mengambilnya sewaktu hamil. Ini antara testimoni yang dapat dikongsikan:

"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..."
~ Pn. Arnie


"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln."
~ Pn. CT Shamin


"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...."
~ Pn. Eyna



credit : hebatkan.blogspot.com



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Chew Vit C kegemaran anak2

 Hari ni nak share tentang vitamin kegemaran anak2 saya..ape lagi kalo bukan CHEW  VIT C Shaklee..

Kenapa ianya istimewa berbanding jenama lain? sebab, chew vit c Shaklee ni adalah asli, tanpa bahan perasa dan pewarna tiruan..sangat bagus utk kita berikan kepada anak2 kita setiap hari.. 


Jom kita tengok lagi kebaikan Chew Vit C ni..

  • Rasa lebih sedap dan lebih seronok untuk dinikmati.
  • Lebih mudah dikunyah.
  • Lebih sesuai untuk seisi keluarga.
  • Menarik minat kanak-kanak untuk mengambil Vitamin C dan dos nya sudah bersesuaian untuk kanak-kanak.
  • Lebih sesuai untuk golongan berusia yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah dan susah untuk menelan disebabkan sakit ataupun faktor ketuaan.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah fizikal dalamanseperti gastroesophageal reflux disease ataupun ketumbuhan esophageal yang mempunyai masalah menelan tablet.
  • Lebih sesuai untuk mereka yang selalu berada di luar kerana melancongdan sebagainya. Jadi, pengambilan Vitamin C jenis kunyah lebih mudah sebab tidak memerlukan air untuk dimakan.
  • Dos Vitamin C yang rendah dalam setiap tablet kunyah adalah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif seperti gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Pengambilan Vitamin C dalam dos yang besar boleh menyebabkan ketidakselesaan.
 Hmmm...memang banyak kebaikannya yang kita boleh dapat..jadi, tidak hairanlah jika produk ni juga menjadi salah satu produk hot di Shaklee..saya pon memang tidak pernah miss memberikannya kepada anak2 saya setiap hari..



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Tuesday, December 30, 2014

Potato Fritters


Hai kawan2..masak ape petang nnt? asik buat jemput2 je kan..hari ni kita try resepi lain pulak la ye..hihi..yang penting, simple..

Jom kita tengok bahan2 dan cara2 penyediaannya..nampak mudah je..




Bahan-Bahan
 
3 biji kentang (sagat halus ),


4 sudu besar tepung jagung


3 sudu besar
 tepung gandum

  1 biji telur

Daun bawang/daun sup

  1/3 bawang besar-hiris panjang-akak tambah

Serbuk Lada sulah


Garam dan sedikit gula 

  Minyak masak (untuk menggoreng)

Cara-caranya
 
1. Satukan kentang yang telah disagat, hirisan bawang dgn tepung jagung, tepung gandum, 


daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula dan gaul sebati

2. Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak-agak  leper....balik-balikkan dan 


tunggu sampai masak/kekuningan,... angkat....

 Ok dah siap

3. Sedap dimakan bersama sos



Boleh la cuba kan petang nnt..Stok kentang pon banyak lagi..

ESP untuk semua

APA yg BEST tentang ESP ?

ESP merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.  

Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. 

ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.  Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.  Apa yang  plg penting, ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.  Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

 ESP + ABC
 
SIAPA YG PERLUKAN ESP?
  • Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster(kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)

  • Lelaki : Protect from any disease (heart,cancer,etc)

  • Ibu mengandung : For a healthier pregnancy- well grown fetus ; membantu mengurangkan ketakselesaan ketika hamil

  • Ibu yang menyusu: Membantu menggalakan dan mengekalkan pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat

  • Wanita: Keanjalan kulit.. Awet muda gitu..… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Tak tergoda ke? Tak teringin ke? hehe..hasilnya memang superb.. x caya??? Cubalah.. :)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Tanda2 Kekurangan Vit C dalam Badan

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam) 
Agak2nya, kita ada tak simptom2 tersebut? hehe..mesti ada kan..sebab kita ni, semakin meningkat usia, maka nutrisi dalam tubuh kita juga makin berkurang..tambah2 lagi kalau kita ni makan ikut dan je..belasah je ape yang ada.. Dan itu memang realiti yang berlaku zaman sekarang ni kan...hmmm,..

Kalau dah nampak atau rasa yang simptom2 tu ada kat kita, adakah kita masih lagi nak berdiam diri? atau sanggup ke kita nak makan 7 biji oren setiap hari? haaa..tu kene tepuk dada kita sendiri..sebabnya, pemakanan kita, kita sendiri yang tentukan..kita sendiri yang pilih..
 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

14 Manfaat yang kita boleh dapat dengan VIT C Shaklee

Sempena bulan promosi ni, order utk vit C memang bertingkek2..hehe..semua orang mengambil peluang dapatkannya dengan harga promosi..murah dan berbaloi kan..memang rugi kalo x grab..

Jom tgk ape manfaat yang kita dapat jika kita konsisten amalkan makan vitamin C ni..berbaloi ke berbaloi..hehe..
  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

7 Kebaikan VITAMIN C Shaklee yang perlu kita tahu..

Kenapa VITAMIN C Shaklee ni istimewa? Menjadi rebutan customer?

Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.


Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari. 
1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.


 2. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.



3. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.



4. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.



5. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.



6. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.


 7. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Monday, December 29, 2014

Mee Bandung Simple

Semalam ade beli lebih mee kuning kat pasar tani.. hmmm..boleh la petang nanti nak try  buat mee bandung simple pulak.. Godek2 resepi dulu..jap lagi senang nak buat..hihi

RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
Resepi Asal : Hanamemories
Sumber: Kak Noorsha

Bahan-bahan

1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka.
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
2 biji keledek saiz kecil - rebus dan blend
telur (ikut bilangan bape owang nk makan)
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis

Cara-cara

*  Celur mee kuning
*  Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
*  Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang, keledek yang dikisar dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. 

*  Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.
       *rasa mee bandung manis2 pedas.
*  Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
*  Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan.... 


Jom la cuba..hehe

7 Tips Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

"Arggggg..adoiiiiiiiiii..." Tiba-tiba urat kaki macam ditarik-tarik, kaki kanan kejang sampai rasa nak tercabut betis. Sakitnya sampai tak boleh nak kata.


Pernah tak anda mengalami situasi seperti itu?

Ibu hamil yang biasa cramp kaki memang faham perasaan ni. Rasa nak mengalir air mata tahan sakit. Biasa kena kejang kaki ni waktu malam pula. Nak menjerit pun takut anak terbangun.

Saya sendiri pernah alami. Sadis sangat bila kena waktu dah sarat mengandung, kaki cramp kemudian nak bergerak pun tak larat. Bila kejut suami, biasanya suami akan luruskan kaki saya dan urut2 jari kaki hingga saya rasa selesa..

Sampai mengesot cari ubat panas nak urus betis yang keras sebab kejang..sapu dengan krim Herbal Blend Shaklee.. Alhamdulillah, dapat juga membantu..

Tapi, bila kene tu, sedih sangat rasanya kan? tak tertahan rasanya..

Saya tak nak orang rasa betapa sakitnya kejang kaki terutama ketika mengandung. Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari babycenter.com.my.

Berikut adalah 7 tips mudah elak kejang kaki ketika hamil.

Tips Elak Kejang Kaki 
 
1.  Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .


2.  Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .



3.  Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV

 

4.  Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.


5.  Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki


Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat


Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda




Tips Kecemasan : 
 
Apa Nak Buat Ketika Sedang Sakit Kejang Kaki?

Jika tiba-tiba kena kejang kaki, kita disarankan cepat-cepat luruskan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke depan dan ke belakang beberapa kali. 

Kaedah ini memang sakit, tapi sakit itu akan beransur kurang.

Kita boleh juga ambil botol air berisi air suam dan diletakkan pada kaki untuk legakan kaki yang cramp itu. 


Tips Elak Kejang Kaki dari Shaklee

Kejang Kaki dikatakan berpunca dari kurang kalsium dan magnesium dalam badan. Produk Shaklee yang sangat sesuai untuk elak kaki kejang adalah Ostematrix.
 
Memang tak dinafikan la..kekejangan ni sebab saya kekurangan kalsium..sebabnya saya memang tak minum susu..bukan saja2 xnak minum..tapi memang xboleh diterima tekak ni..hehe..
 
Ingat lagi masa mengandung anak sulung, semangat suami saya beli susu Anmum tu..bile dah bancuh, die suruh ssaya minum..baru je minum seteguk..uweeekkkkkkk...haaaaa...kan dah gtau awal2, saya x minum susu..hihi..kene la lap pulak kan..tq la ye encik suami ku sayang.. :)

Ostematrix bantu bekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk keperluan wanita seperti kita terutama ketika hamil.  Produk ni adalah lebih baik dari produk pasaran lain sebab ada Vitamin D.

Vitamin D bertindak membantu tulang menyerap kalsium yang dibekalkan. Kalsium yang cukup juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Sihat dan Bertenaga dengan ESP Shaklee

Selalu dengar orang asyik sebut ESP SHAKLEE tapi tak pasti sangat ESP SHAKLEE tu apa? Untuk apa? Betul ke berkesan?

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP SHAKLEE sangat laris ialah kerana ESP SHAKLEE membekalkan sumber protein. Sel badan kita terbentuk dari protein. Seharusnya kita memerlukan protein yang berkualiti bagi pertubuhan sel yang baru. Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat dan vitamin. Ini secara tak langsung badan kita sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

Apa Kebaikan ESP Shaklee?

- ESP Shaklee membantu menggalakan dan mengekalkan  pengeluaran susu . Dan yg bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang  penyusuan susu ibu,dapat membantu pekembangan fizikal bayi secara sihat bagi ibu hamil.

- ESP Shaklee memberi kesan keanjalan dan kulit gebu halus.

- ESP Shaklee bagus utk diet sebab protein memberikan rasa kenyang yang lama.

- ESP Shaklee menghilangkan parut

- ESP Shaklee Baik untuk kesihatan jantung
 
ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein,  kita akan  cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
 
ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
 
 
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com