Tuesday, December 16, 2014

Ayam Masak Serai

Hai kawan2...masak pe hari ni?

Pagi td, sy dah buat nasi goreng, utk anak2 sarapan sebelum pergi kelas mengaji..
Kemudian buat pulak bubur nasi, bubur kosong disimpan untuk baby saya..dan selebihnya saya masukkan carrot, ayam n bawang, ni untuk anak2 makan balik dari mengaji nnt..hehe..

Pastu tadi ternampak resepi ayam ni kat FB..kebetulan memang saya nak masak ayam, tapi x banyak pon..ade la 5 ketul..
Maka, jadilah ayam ni..sedappp wooooo..hehe..


Ni saya copy paste je resepi dalam fb tadi..boleh la kawan2 cuba.. :)

AYAM MASAK SERAI

Bahan-bahan:

- 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
- 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan kunyit

- Bahan untuk di kisar:
- 6 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- sebesar ibujari halia
- 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

* Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
* Angkat ayam dan toskan minyaknya
* Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi
* Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
* Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
* Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.

## bahan2 tu ikut kesesuaian jumlah ayam yang ada ye..

Tak terliur ke?hehe..  cepat laaaa..gi cuba.. :)

No comments:

Post a Comment