Monday, December 29, 2014

7 Tips Atasi Kekejangan Kaki Semasa Hamil

"Arggggg..adoiiiiiiiiii..." Tiba-tiba urat kaki macam ditarik-tarik, kaki kanan kejang sampai rasa nak tercabut betis. Sakitnya sampai tak boleh nak kata.


Pernah tak anda mengalami situasi seperti itu?

Ibu hamil yang biasa cramp kaki memang faham perasaan ni. Rasa nak mengalir air mata tahan sakit. Biasa kena kejang kaki ni waktu malam pula. Nak menjerit pun takut anak terbangun.

Saya sendiri pernah alami. Sadis sangat bila kena waktu dah sarat mengandung, kaki cramp kemudian nak bergerak pun tak larat. Bila kejut suami, biasanya suami akan luruskan kaki saya dan urut2 jari kaki hingga saya rasa selesa..

Sampai mengesot cari ubat panas nak urus betis yang keras sebab kejang..sapu dengan krim Herbal Blend Shaklee.. Alhamdulillah, dapat juga membantu..

Tapi, bila kene tu, sedih sangat rasanya kan? tak tertahan rasanya..

Saya tak nak orang rasa betapa sakitnya kejang kaki terutama ketika mengandung. Saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya dapat dari babycenter.com.my.

Berikut adalah 7 tips mudah elak kejang kaki ketika hamil.

Tips Elak Kejang Kaki 
 
1.  Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama .


2.  Regangkan otot betis anda dengan kerap semasa kali sehari dan beberapa sebelum anda pergi tidur .



3.  Memusing buku lali dan menggoyangkan kaki anda apabila duduk makan malam atau menonton TV

 

4.  Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.


5.  Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki


Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat


Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda




Tips Kecemasan : 
 
Apa Nak Buat Ketika Sedang Sakit Kejang Kaki?

Jika tiba-tiba kena kejang kaki, kita disarankan cepat-cepat luruskan kaki dan gerakkan jari-jari kaki ke depan dan ke belakang beberapa kali. 

Kaedah ini memang sakit, tapi sakit itu akan beransur kurang.

Kita boleh juga ambil botol air berisi air suam dan diletakkan pada kaki untuk legakan kaki yang cramp itu. 


Tips Elak Kejang Kaki dari Shaklee

Kejang Kaki dikatakan berpunca dari kurang kalsium dan magnesium dalam badan. Produk Shaklee yang sangat sesuai untuk elak kaki kejang adalah Ostematrix.
 
Memang tak dinafikan la..kekejangan ni sebab saya kekurangan kalsium..sebabnya saya memang tak minum susu..bukan saja2 xnak minum..tapi memang xboleh diterima tekak ni..hehe..
 
Ingat lagi masa mengandung anak sulung, semangat suami saya beli susu Anmum tu..bile dah bancuh, die suruh ssaya minum..baru je minum seteguk..uweeekkkkkkk...haaaaa...kan dah gtau awal2, saya x minum susu..hihi..kene la lap pulak kan..tq la ye encik suami ku sayang.. :)

Ostematrix bantu bekalkan kalsium dan magnesium yang cukup untuk keperluan wanita seperti kita terutama ketika hamil.  Produk ni adalah lebih baik dari produk pasaran lain sebab ada Vitamin D.

Vitamin D bertindak membantu tulang menyerap kalsium yang dibekalkan. Kalsium yang cukup juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan.





* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                  _________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

No comments:

Post a Comment