Sunday, November 30, 2014

Breast feeding ~ ibu2 pon dapat manfaat tau !

Hai mommies..buat  ape hari  minggu ni? saya, macam biasa la..hari Ahad, pagi2 kemas umah, basauh baju..mane tahu, kot2 nak kuar bawak anak2 jalan2, senang la nnt kan..hehe..

Hari ni nak share tentang faedah2 yang ibu2 dapat jika menyusukan anak.. Haaaa...bukan anak je dapat susu terbaik..tapi ibu2 jugak dapat baaaaanyakk faedah daripadanya...

*  membantu proses mengecutkan rahim ibu dengan cepat, sekaligus dapat mengurangkan risiko pendarahan..atau dikenali juga dengan istilah tumpah darah

*  dapat mngeratkan jalinan kasih sayang antara ibu dan bayi..mane tak  ye kan..hari2 melekap je ngn ibu, mestila wujud rasa kasih tu kan..macam ade magnet antara ibu dan anak..

*  ibu2 yang menyususukan anaknya, berisiko rendah untuk mendapat penyakit barah payudara dan ovari.

*  proses menyusukan bayi secara eksklusif juga dikatakan dapat membantu ibu2 menjarakkan kehamilan..agen perancang keluarga semulajadi laa kan.. :)

*  susu ibu adalah percuma..jadi, dapatla membantu ibu2 mengurangkan kos perbelanjaan membeli susu formula untuk anak..seperti yang kita tahu, susu formula di pasaran sekarang memang mahal harganya..

*  prolaktin melambatkan aktiviti ovarii..jadi, dengan menyusukan bayi, ia dapat melambatkan kedatangan haid kepada ibu2 yang menyusukan bayi secara penuh..

Hmmmm...banyakkan kelebihan ibu2 yang menyusukan bayi ni..Jadi, dengan kelebihan2 yang ada ni, diharapkan makin ramai ibu2 yang mengambil peluang untuk menyusukan anak2 secara eksklusif..

Ibu2 perlu diberi info dan kesedaran tentang pentingnya susu ibu.. x ramai yang sanggup bersusah payah menyusukan bayi secara eksklusif..x ramai juga yang sanggup bersusah payah mengepam susu untuk dibekalkan kepada bayi sepanjang berada bersama pengasuh.. masih terlalu ramai ibu2 yang mengambil langkah mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka..

Peluang dah ada, jadi, semuanya bergantung kepada ibu2 sendiri untuk memilih yang terbaik untuk diri dan bayi mereka.. :)

Kulit halus, cerah dan berseri ~ Panduan buat wanita hebat

Assalamualaikum rakan2 semua.. terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ni.  Moga kita semua mendapat manfaat untuk dijadikan panduan bersama..Hari nni, saya nak kongsikan tentang tips kecantikan secara berkesan dan semulajadi..
Bila bercakap tentang cantik, semua orang sangat menyukainya..dan semua orang pastinya mengimpikan rupa yang cantik, kulit yang lembut, cerah dan berseri.
Pengalaman diri saya sendiri,  saya mengamalkan pengambilan Vitamin E, Vitamin C dan ESP. Alhamdulillah ape yang dapat saya katakan, jeragat di muka sudah mula nampak perbezaan. Jeragat semakin pudar, syukur alhamdulillah.. 
Saya menghadapi masalah jeragat sejak saya mengandungkan anak ke 4 ketika itu . Seriosly, saya sangat runsing dengan rupa kulit saya pada masa tu..kusam, berjeragat, kasar dan gelap..Sebab tu la saya berusaha mencari produk yang sesuai dan dalam masa yang sama tidak menjejaskan dan memudaratkan bayi yang sedang menyusu..
Selain daripada itu pengambilan Vitamin E secara konsisten telah mengatasi masalah tumit pecah saya dan juga kulit kering di betis dan kaki. Syukur sangat, amalam pemakanan supplement secara berterusan dan betul memberi kesan kepada saya.


Apa ada dengan Set Kulit Cantik Shaklee

Ok..jom saya perkenalkan dengan set kulit cantik yang terbaik ..memang x dapat dinafikan, Set Flawless Shaklee..memang superb sbb ramai yang dah pon try set ni..dan hasilnya  selepas consume  sebulan, muka glowing dan nampak muda remaja...25 tahun lebih muda gitewww.. :) 

Hmmm..teruja dengan testimoni tersebut, maka bulan ni memang saya dah aim nak cuba Vivix tu sebagai supplement kulit saya..So nnt boleh lah saya share testimoni diri sendiri selepas consume vivix, kolagen dan vit c..tunggu ye sebulan je tak lama..hehe

( 1) Manfaat Vivix

* Memperbaiki DNA. 
   ~ Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
* Memperbaiki tenaga sel. 
   ~ Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuhkita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh dan Vivix membantu mengembalikan keremajaan.
( 2 ) Manfaat Collagen Shaklee Powder



* Anti Penuaan 
 - mengurangkan liang-liang pori, kedutan dan garis halus
 - Melembabkan dan menjadikan kulit lebih anjal, lembut dan tegang
 - Meningkatkan kelicinan kulit, mengurangkan pigmentasi
 - Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
 - Membantu menegangkan dan menganjalkan payudara


( 3 ) Manfaat Sustained Release Vitamin C 
* Membentuk Kolagen 
   - Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
* Memperbaiki simptom pendarahan  
    - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
* Peningkatan sistem imun
     - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
* Mencantikkan kulit
   - Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.  Saya ambil 2 biji setiap pagi : )
Selama ni, memang saya tgh consume vit C ni.. dan yang terkini, saya baru je mula consume vivix dan kolagen..untuk lebih berseri dan gebu..hehe...sape x nak cantik kan???


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Rahsia wajah berseri

Semenjak dua menjak ni makin ramai yg bertanyakan Set Kulit Cantik dari Shaklee.

Alhamdulillah, dah makin ramai yg nak cari produk yg dijamin halal, selamat & berkesan untuk menjaga kecantikan kulit.

Pemilihan produk ni penting tau.. Untuk memastikan kecantikan yg diperolehi adalah untuk jangka masa panjang.. Bukan 'yo yo' effect je..

Set Kulit Cantik dari Shaklee ini adalah gabungan vitamin-vitamin yg paling optimum untuk penjagaan dan pemulihan kulit agar terus licin, cantik dan awet muda untuk jangka masa panjang.

Kenapa? Sebab ia lengkap dengan sumber vitamin dan mineral yg mampu membantu menjadikan kulit licin, gebu dan awet muda.

Set kecantikan kulit yang biasa saya cadangkan untuk customer saya ialah :


* Energizing Soy Protein (ESP)
  ~ kandungan protein & asid amino membantu memelihara & memperbaiki sel kulit agar parut luka/parut jerawat semakin hilang. Protein juga membantu melicin & menganjalkan kulit; bukan sahaja muka malah kulit seluruh tubuh anda akan menjadi licin & lembut.


* B Complex
 ~ "B" is for Beautiful. Ia juga merupakan supplement yang penting untuk anti stress dan anti kelesuan. Stress sebenarnya menyebabkan kulit anda lebih cepat berkedut berbanding usia anda. B Complex juga mampu memancarkan aura kecantikan dari dalaman agar kulit kelihatan lebih sihat dan berseri.

* Vitamin C
  ~ selain meningkatkan sistem imuniti badan, ia juga membantu badan menghasilkan kolagen semulajadi dari dalaman. Kolagen semulajadi ini amat penting untuk memelihara keanjalan kulit serta mengurangkan kedutan.

* Vitamin E
   ~ membantu memperbaiki sel, mengurangkan kedutan & menjadikan kulit awet muda. Selain itu, vit E ni juga boleh dijadikan masker untuk menghilangkan jerawat dan jeragat pada kulit wajah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Thursday, November 27, 2014

Persediaan dan Tips untuk Ibu Berpantang

Hai mommies semua..masih tercari2 set berpantang yang sesuai, selamat dan berkesan?? Jom saya kongsikan produk yang sangat bagus dan boleh diambil seawal hari pertama kelahiran.


Haaa ini la dia SET BERPANTANG yang saya ambil sepanjang berpantang anak yang ke 5 baru2 ni.. Alhamdulillah, sangat berkesan memberi tenaga dan memulihkan kesihatan saya.

Saya mula ambil sejurus selepas bersalin dan ketika itu masih lagi berada di pusat bersalin.  Saya ambil 2 biji Vitalea, 1 biji Bcomplex dan 1 biji Vit C.. Alhamdulillah badan rasa cergas, boleh berjalan dan menguruskan bayi dengan baik..

Tidak hairan la ramai yang berkenan dengan set berpantang shaklee.. Jom kita lihat apa keistimewaannya..

~  boleh diambil seawal hari pertama kelahiran
~  boleh meneruskan pengambilan vitamin ini walaupon bayi mengalami jaundis
~  percepatkan pemulihan tenaga
~  membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh ibu2
~  menguatkan sistem imun badan
~  menstabilkan horman dan mengelakkan ibu2 meroyan
~  meredakan sakit belakang dan lenguh2 badan
~  melancarkan pengeluaran susu ibu
~  memberi tenaga dan menyihatkan tubuh badan ibu
~  boleh diteruskan pengambilan walaupon selepas tamat tempoh berpantang

hmmm...memang best kan set berpantang ni..saya dah cuba dan sangat berpuas hati..Anda bagaimana??  :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)

Hubungi :
Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Wednesday, November 26, 2014

Bersalin secara Caesarean dan Cara Penjagaan Luka Pembedahan

Hai semua..tgh buat ape ptg2 ni? bersantai2 sambil menonton tv ye?

Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips penjagaan luka pembedahan bagi ibu2 yang bersalin secara caesarean..

Bagi ibu2 yang melahirkan anak2 secara pembedahan, penjagaan yang rapi pada luka jahitan sangat perlu dititikberatkan.  Jika tidak, luka tersebut lambat sembuh, lambat kering dan bernanah.  Ini akan meyebabkan ibu2 berasa tidak selesa dan sakit di sekitar kawasan tersebut.

Kebiasaannya, kawasan pembedahan itu akan berasa sakit utk tempoh sehari dua dan berlarutan sehinga seminggu lamanya..Jadi, ibu2 tidak digalakkan utk bergerak secara lasak bagi mengelakkan rasa sakit di bahagian jahitan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, ikan haruan memiliki khasiat yang baik untuk menyembuhkan luka dalaman.  Kebiasaannya, ibu2 yang sedang berpantang sangat digalakkn utk makan seekor ikan haruan setiap hari.  Ini kerana ikan haruan dipercayai dapat membantu memulihkan luka dengan cepat.

Namun begitu, tidak semua org mampu memakan ikan haruan ini kerana jika tidak kene cara masakannya, ia rasa hanyir.  tapi, sekarang dah ada pati ikan haruan dalam tin dan juga dalam bentuk kapsul..

Penjagaan luka
*  pastikan kawasan luka sentiasa bersih
*  ibu2 digalakkn utk mandi dengan air suam kerana ia dapat merehatkan diri
*  sentiasa pastiakan kawasan jahitan dalam keadaan kering. ( jika perlu, gunakan pengering rambut )
*  letakkan bungkusan ketulan ais kecil di kawasan jahitan bagi melegakan rasa sakit
*  ibu2 digalakkn baring utk mengurangkan tekanan pada tempat jahitan.

Saya tiada pengalaman bersalin secara caesarean.  Tetapi saya mempunyai ramai customer yang bersalin secara caesaran dan mengambil set bersalin shaklee..Menurut mereka, ianya sangat membantu memberi tenaga kepada ibu2 dan juga mempercepatkan penyembuhan  luka jahitan.

Apa yang ada dalam set lengkap berpantang?
~ ianya terdiri daripada ESP, zink, bcomplex, vit c, ostematrix, vitalea..

Set vitamin ini lengkap dengan protein, asid folic, multivitamin, zat besi, kalsium, vit c dan juga zink yang dapat membaiki bahagian luka dengan lebih cepat.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Mengurus URI

Assalamualaikum kawan2 :)
Apa kabar semua? Moga kita semua sentiasa sihat dan berada dalam kasih sayang dan rahmat Allah..

Hari ni saya nak berkongsi tentang cara2 menguruskan uri..

Uri yang keluar bersama bayi adalah sebahagian daripada bayi.  Oleh itu, ianya perlu dijaga dan diuruskan dengan baik.

Pada kebiasaannya, pihak hospital akan menyerahkan uri ni kepada suami atau wakil keluarga untuk diuruskan dengan segera.  Walau bagaimanapun, tidak ada dalil yang menyatakan bahawa uri ini perlu diuruskan seperti jenazah.  Apa yang perlu dilakukan ialah membersih dan menanamnya di tempat yang selamat.

Apa yang perlu suami lakukan dengan uri ni??
~ membasuh uri dengan air bersih
~ membalut dengan kain yang bersih
~ menanam di tempat yang selamat agar tidak dimakan oleh binatang liar


Namun begitu, bagi kes2 yang berisiko seperti ibu yang mempunyai jangkitan HIV, uri akan diuruskan oleh anggota kesihatan di hospital sebelom dibawa pulang.

Amalan Adat

Ada sebahagian masyarakat kita masih lagi mengamalkan macam2 cara dalam pengurusan uri ni.. Ade yang letak asam garam, jarum, paku.  Menurut kepercayaan mereka, supaya uri tersebut tidak diganggu oleh makhluk halus..

Teringat pengalaman mase bersalin anak kedua.. Mase tu duduk di rumah sewa.  Balik dari hospital, suami nak uruskan uri.. dah siap basuh bersih, bungkus dalam kain berssih.. pastu gi umah jiran nak pinjam cangkul.. jiran tu siap bg sebatang pensil untuk ditanam bersama uri!!  Menurut kepercayaannya, supaya anak tu nanti akan jadi budak yang bijak bila besar nnti...hehehe..macam2 kan kepercayaan masyarakat kita..

Amalan2 ini bertentangan dengan syariat Islam dan ia boleh membawa kepada khurafat.. Jadi, xperlulah kita ikut ye.. :)

Anda ada pengalaman menarik ketika menguruskan uri.. Jom berkongsi dengan saya :)

Minyak ikan terbaik

OMEGA GUARD SHAKLEE

Saya mula bagi kepada anak2 saya setahun yang lalu..kalau anak2 org lain, susah nak makan omega ni..berbeza pulak ngn anak2 saya..diorg siap kunyah lg!  Memang x dinafikan, anak2 saya memang x memilih makanan.. ape sahaja yang saya bagi, mereka makan je..memang senang nak bagi anak2 saya makan, vitamin ke, madu ke, cklat minda ke..semua mereka makan..hehe...Alhamdulillah..

Apa istimewanya Omega Guard ni? ianya diperbuat dari minyak ikan.. tidak seperti kebanyakan minyak ikan lain di pasaran..kebanyakannya ia dari minyak hati ikan..

Apa itu Omega Guard 3 Fatty Acid?

Ikan adalah sumber utama untuk Omega Guard 3 ini. Kelebihan ikan Untuk Omega Guard Shaklee, ia mempunyai asid lemak yang tak tepu. Dan kerana badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri enzim yang terdapat dalam lemak ikan tersebut. Minyak Ikan ini dihasilkan dari ikan yang terdapat di laut dalam yang kadar sejuk amatlah sejuk sehingga boleh mnyebabkan kebekuan. Maka setiap ikan tersebut mempunyai lapisan lemak yang baik dalam menghasilkan Omega Guard 3 ini, Sumber ikan tersebut seperti Ikan sardine, ika tuna,  mackerel, ikan kod dan ikan bilis.Omega Guard 3 ini  mengandungi Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA), Alpha Linolenic Acid (ALA). Sebab itu ia dipanggil Omega Guard-3.

Terdapat pelbagai produk kesihatan yang mengandungi Omega Guard-3 ini. Terutamanya sekali dalam campuran susu, so kalau tengok dikedai terdapat susu akan ada term-term DHA atau EPA.  Maknanya susu tersebut mengandungi Omega Guard 3.


Kebaikan Omega Guard ini ternyata telah terbukti berkesan kerana ia telah disahkan oleh USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat menyatakan Omega Guard 3 mampu mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Monday, November 24, 2014

VITAMIN C terbaik..

Perasan tak kat botol VITAMIN C SHAKLEE 500mg tertulis perkataan Sustained Released ( pelepasan masa )?

Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?



Sebiji VITAMIN C SHAKLEE mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya VITAMIN C 500mg.  Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Friday, November 21, 2014

Atasi MASALAH MIGRAIN secara selamat

Sejak zaman sekolah lagi, saya perhatikan, ramai yang menghidap penyakit migrain ni..kebiasaannya, cara yang pantas dan mudah ialah dengan menelan panadol atau ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan yang dialami..
Tapi, pernahkan kita terfikir, sampai bila kita perlu bergantung dengan panadol? dengan ubat tahan sakit? Sanggupkah kita pertaruhkan kesihatan kita selama umur dikandung badan? hmmmm...

Bila saya terjebak dengan Shaklee, banyak yang saya pelajari tentang penyakit dan kesihatan diri..kadang2 penyakit tu berpunca gaya hidup kita, cara pemakan, faktor pekerjaan dan sebagainya.  Apa yang saya dapati, sejak saya consume vitamin ni, badan saya semakin sihat, ringan, cergas dan bertenaga.  Begitu juga dengan penyakit migrain yang saya hidapi sejak zaman remaja lagi.  

Kawan2 bertanya, apa yang saya amalkan bagi meredakan penyakit saya tu? Yang sebenarnya, saya amik vitamin, bukan untuk ubat migrain saya, tetapi untuk membanyakkan dan memekatkan susu badan.. tapi, bonus yang saya dapat, sakit kepala yang saya kerap alami dulu dah semakin berkurang..syukur, Alhamdulillah..

Bagaimana vitamin Shaklee membantu merawat penyakit migrain?
# Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) 
~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

 
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya. 
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

# B Complex
~ mengandungi Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine)  yang telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain

Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. 

Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Thursday, November 20, 2014

Kepentingan kalsium kepada ibu hamil

Assalamualaikum..
Hai..buat ape kwn2 semua? Agak sibuk hari ni..ni baru berkesempatan nak update blog..

Hari ni nak share tentang kepentingan kalsium kepada tubuh badan kita, terutama kepada wanita.  Lebih2 lagi kalo wanita tu jenis yang x minum susu, macam saya..hehe..

Kalsium sangat penting kerana bekalan kalsium di dalam tubuh ibu hamil akan turut dikongsi bersama bayi dalam kandungan bagi proses pembesaran.  Bayi dalam kandungan akan mengambil kalsium daripada tulang dan gigi ibu jika ibu tidak mempunyai bekalan kalsium yang mencukupi.  Ini akan menyebabkan ibu hamil mudah mengalami masalah kerosakan gigi dan masalah tulang.

Mahukah kita menjadi tua sebelom usianya? sakit2 badan, sakit lutut, sakit pinggang..sakit gigi, gusi bengkak dan berdarah?  Itu merupakan tanda2 bahawa kita kekurangan kalsium dalam tubuh badan kita..

Macam saya, yang dah beranak 5 ni haa..sudah tentu banyak kalsium yang telah diserap sepanjang saya hamil, dan menyusukan baby..lebih menakutkan, saya ni memang x minum susu..dapat dibayangkan apa akan terjadi kepada saya sekiranya saya tidak berusaha untuk mendapatkan sumber kalsium untuk badan saya ni..

Apa yang saya lakukan? Saya ambil 4 biji OSTEMATRIX setiap malam sebelom tidur.  Apa hebatnya ostematrix ni?


OSTEMATRIX ~ membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Saya mula consume ostematrix ni masa saya menyusukan anak ke 3..masa tu saya ambil SET MENYUSU lengkap..memang sangat puas hati..  Apa yang saya rasa, badan saya dah xde lenguh2, xde lagi rase sengal2 badan, gusi pon dah x berdarah bile gosok gigi.. dan bonus yang saya dapat ialah tidur yang lena dan proses pembuangan menjadi lebih lancar.. benarlah, OSTEMATRIX ni bukan sekadar kalsium..

Sejak hari tu, OSTEMATRIX ni memang menjadi vitamin wajib saya setiap hari..kalo vit lain tu, kadang2 saya culas jugak..tapi tidak ostematrix.. sebab saya sedar kepentingannya kepada tubuh badan saya.. 




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Wednesday, November 19, 2014

Enjoy aktiviti baru saya

Hai semua..buat ape petang2 ni?

Aktiviti baru saya setiap pagi dan petang sekarang ni...BERKEBUN...hehe..

Apa yang saya tanam? untuk permulaan ni, saya tanam pokok yang mudah je, yang xperlukan penjagaan yang sangat2 rapi..hehe..

Saya tanam pokok cili dan pokok mulberry..
~ batang mulbery sebahagiannya saya beli dari rakan FB, dan sebahagian lagi, rakan FB beri secara percuma melalui pos..hmmm..setelah 2 minggu, dah nmpak tunas2 baru mula muncul..sonok sangat bile ianya dah mula menampakkan hasil..

~pokok cili, saya semai dari biji benih yang saya keringkan..ada  cili besar, dan ada juga cili padi..

Harapan saya, moga pokok2 saya ni hidup subur, membesar dengan sihat..hehe..insyaAllah..

Tips atasi masalah resdung

Assalamualaikum kawan2 semua...apa kabar? Harapnya kita semua diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam kasih sayang dan rahmat Allah S.W.T...

Hari ni saya nak kongsikan tentang penyakit RESDUNG..

Tanda-Tanda Penghidap Resdung :

~ Hidung tersumbat dan berbau busuk
~ Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
~ Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
~ Kerap bersin terutama di waktu pagi
~ Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
~ Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
~ Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
~ Kerap sakit kepala atau migrain

SET RESDUNG SHAKLEE


Set resdung dari shaklee ini mengandungi B COMPLEX, ALFALFA & VITAMIN C..

 Mujarab ke?Alhamdulillah.. berdasarkan feedback dari customer yang dah amalkan set ini, dapat feedback yang berkesan, dan mereka sangat berpuas hati. Semua ini adalah ikhtiar dari kita. Yang mengizinkan semuanya berlaku adalah Allah S.W.T juga..

Bagaimana ianya berfungsi?? Jom kita baca..

#  VITAMIN C
      ~ berperanan sebagai immune booster, untuk melawan segala jangkitan kuman di bahagian saluran hidung dan pernafasan.

#   B COMPLEX
     ~ merupakan vitamin anti depression yang membantu anda untuk berasa lebih tenang, menstabilkan hormon supaya jangkitan tidak bertambah teruk.

#  ALFALFA
     ~ sebagai penyingkir segala kekotoran dan kuman dari saluran hidung dan badan kita. Atau dengan kata lainnya alfalfa membantu membuang toksin dari badan kita.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Tuesday, November 18, 2014

Nak susu banyak dan pekat


Assalamualaikum kwn² alam maya yang budiman :)

Ape kabar semua..moga kita semua diberi kesihatan dan keceriaan dalam melalui liku² hidup yg penuh dgn cabaran ni..moga kita semua terus diberi kekuatan an ketabahan ye kawan²..

Hari ni.saya mendapat beberapa mesej sama ada di FB, ataupon.whatsapp tentang cara² atau tips utk banyakkn susu ibu..Saya percaya, majoriti ibu² sememangnya berhasrat intuk menyusukan bayinya sehingga 2 tahun.. Jadi, menjadi satu masalah besar bg ibu² bila mendapati susu badan semakin berkurang dan cair..bayi pula kerap lapar kerana tidak puas menyusu..

Jadi, dalam entri kali ni, saya akan membincangkan beberapa tips sebagai panduan kepada ibu² semua..Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua, insyaAllah..

Banyak petua utk membanyakkn susu ibu..tp bg saya yg agak.sibuk ni, kadang² x sempat pon nk cari bahan² yg dapat menggalakkn pengeluaran.susu ibu.. Jadi, sebagai gantinya, saya amalkan pengambilan VITAMIN SHAKLEE sebagai usaha saya utk memberikan yg terbaik buat si manja saya.

Saya memilih SET MENYUSU LENGKAP yang terdiri daripada 4 jenis vitamin asas iaitu Vitalea (multivitamin), B-complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium dan magnesium). Set ini dilengkapkan dengan ESP - Energizing Soy Protien Shaklee yang sangat bermanfaat kepada ibu  yang menyusu dan juga bayi. Sangat-sangat disyorkan kepada ibu menyusu yang menghadapi masalah dalam penyusuan iaitu, masalah pengeluaran susu yang tidak optima dan yang menghadapi masalah kekurangan stok EBM (stok susu beku). 


Set vitamin ibu menyusu ini juga amat sesuai bagi ibu menyusu yang ingin memulakan 'relactation' dan untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu ibu. Soy Protein Shaklee banyak memberi manfaat terutamanya kepada ibu. kerana selain membantu sebagai 'milk booster', Soy Protein Shaklee juga turut membekalkan protein yang lengkap untuk keperluan ibu seharian dan membekalkan tenaga berpanjangan.  Manfaat set ini juga adalah dapat memperbaiki kekurangan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh terutamanya ibu yang menyusu agar tubuh ibu menyusu dapat berfungsi dengan baik yang secara tidak langsung meningkatkan sistem pertahanan tubuh yang tinggi kepada ibu dan anak. 


Secara asasnya semua vitamin dalam set vitamin ibu menyusu yang diperkenalkan ini  memberi manfaat kesihatan yang banyak kepada ibu , seperti menambah tenaga (mengurangkan kepenatan), kekal cergas dan ceria serta yang utama sekali adalah mengurang stress.  Apabila si ibu sihat, cergas dan ceria dengan vitamin ibu menyusu, si ibu dapat menghasilkan pengeluaran susu yang optima dan lebih pekat dan berkhasiat sesuai dengan keperluan bayinya.

 Hati yang tenang, badan yang sihat dapat menggerakkan 'spirit' minda bawah sedar kita untuk menghasilkan susu dengan banyak. Oleh sebab itu, set vitamin ibu menyusu shaklee banyak membantu ibu-ibu menyusu menjayakan tempoh penyusuan sehingga dua tahun dan lebih lagi, insyaAllah..

Sekiranya ibu² ingin menyusukan anak sekurang-kurangnya 2 tahun, ibu² perlu bersedia dengan konsep 'more demand, more supply' dalam memastikan ibu dapat meningkatkan  pengeluaran dan mengekalkan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun. Pastikan juga ibu-ibu minum tidak kurang air putih 3 liter sehari untuk penyerapan supplement yang berkesan oleh tubuh dan juga turut membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu.



Vitamin ini hanya bertindak sebagai 'milk booster' dan menyokong keperluan zat & nutrisi ibu menyusu dan anak yang disusui kerana secara puratanya kebanyakkan kita tidak dapat mengambil keperluan makanan harian dengan secukupnya. Tanpa pengosongan payudara yang kerap, otak tidak dapat menerima signal untuk mengerahkan payudara menghasilkan lebih banyak susu ibu.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
                      __________________________________________________________
3 perkara yang anda perlu yakini apabila memilih jenama tertua ini... Ia sentiasa selamat,  berkesan dan semulajadi (mesra alam)


Norzuryati binti Mohamad Basir  
Shaklee Independent Distributor [ID No : 887018]
019-317 6967  | |  norzuryatimb@yahoo.com

Atasi payudara kendur dan strech marks

Assalamualaikum..

Haaaa...awal saya update blog hari ni..sebab saya xyah masak dah, encik suami dah siap2 masakkn pagi tadi sebelom gi keje...Alhamdulillah, syukur..dah kenyang..hehe

Hari ni saya nak kongsi tentang payudara kendur..Topik yang tak lari daripada menjadi bualan para wanita. Terutamanya bagi mereka yang telah menjadi isteri, lepas bersalin mahupun yang bakal menjadi isteri.   Semua mahu sempurna, apatah lagi wanita mahu tampak sempurna di mata suami. 


Menyusukan badan boleh mengendurkan payudara? Soalan yang sering ditanya. Tapi saya ada jawapan terbaik. Dapatkan nutrisi yang cukup dan semua mendapat manfaat. 

  • Anak dapat menyusu badan (hak seorang anak mendapatkan susu terbaik)
  • Anda dapat payudara anjal
  • Suami gembira. 
Selain payudara kendur, strech mark juga merupakan masalah yang menhantui diri wanita.  Stretch mark muncul sebagai jalur-jalur linear pada kulit yang telah sememangnya telah terlalu padat, dan ia bergaris berserenjang dengan garis ketegangan maksimum pada kulit. Mereka mula garisan merah sebagai rata, dan dari masa ke masa mereka kelihatan jalur-jalur putih sebagai sedikit tertekan. 

Ia cenderung untuk hadir berhampiran ketiak, di paha, perut, dada, dan pangkal paha. Penampilan mereka adalah sama dengan perubahan dilihat pada permukaan belon getah yang telah terlebih kembang.
Bagaimana nak atasi masalah ini?  Selagi ianya x diatasi, selama itulah wanita akan berasa rendah diri,  dan sering membanding2kan diri dengan wanita cantik yang lain.

Di sini, saya kongsikan dengan anda produk ESP yang sangat membantu dalam menganjalkan payudara.  Sesuai untuk bakal isteri, isteri mahupun ibu. 


ESP merupakan makanan tambahan yang bersumberkan soya. Soya kaya dengan protein. 
Protein membantu meremajakan kulit.
ESP adalah serbuk protein dari Non GMO soya yang mengandungi protein untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela.  
Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baruSetiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.
Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahagian perut yang menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan. 
Selain ESP, Shaklee Collagen Powder juga dapat membantu para wanita mengatasi masalah ini..
Apa istimewanya Collagen Shaklee?  Jom kita tengok info ni..
Nak dapatkannya??
Hubungi :
 zuryati  019-317 6967

Monday, November 17, 2014

Tenangkan hati dengan alunan Istighfar


Assalamualaikum buat pembaca setia blog saya..
dah lunch? menu ape hari ni? saya masak nasi putih dan sup daging..Alhamdulillah, dah kenyang..hehe syukur dengan nikmat yang Allah kurnikan buat kita semua..

Dah istighfar hari ni? Jom kita banyakkn istighfar..mudah2an Allah ampunkan segala dosa2 kita, sama ada dosa yang lalu, dosa sekarang dan dosa akan datang.. moga kita semua masuk ke Syurga Firdaus dengan rahmat dan kasih sayang Allah..


Sunday, November 16, 2014

Rahsia hilangkan kulit kusam

Mempunyai kulit gebu, putih dan berseri memang menjadi impian setiap wanita.  Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan kulit impian mereka.  

Teringat pengalaman saya masa nak kawin dulu..hehe..sibuk jugak nak cantikkan kulit..nak pastikan kulit berseri.. Apa yang saya lakukan? hehe.. saya tenyeh tomato kat muka saya setiap hari..biar beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam..hasilnya??tidak mengecewakan ! Memang nampak perubahan..hehe

Tapi, bila dah kawin, ade anak, kadang2 masa untuk sendiri tu agak terbatas.. nak bersolek jauh sekali.. saya perasan, kulit saya sangat la teruk masa mengandungkan anak ke 4..orang kata, sebab mengandung anak pompuan, jadi baby dah tarik seri wajah kita tu.. betul ke tak, wallahu`alam..hihi

Saya usha2 jugak la produk untuk hilankan kulit kusam masa tu..godek2 FB mase tu.. jumpe Shaklee..x beli pon produk nak cantik.. tp saya beli produk untuk banyakkan susu badan..hehe.. beli set lengkap..



Bila amalkan set menyusu tu, apa yang saya perasan, perubahan pada kuantiti dan kualiti susu memang jauh berbeza! susu makin banyak dan pekat..saya benar2 teruja masa tu..syukur...

Dalam masa yang sama, saya perasan ada perubahan pada kulit saya..jeragat dah makin pudar, kesan strechmarks juga makin pudar.. kulit dah nampak berubah..x kusam lagi..

Apa istimewanya ESP ni??

ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok2 dan tidak sekata.

ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah, berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protin), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat. Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin
Tahukah anda bahawa kekurangan protein akan menyebabkan kulit menjadi tidak sihat ~ kusam, kering dan menggelupas.

Untuk tips kulit cantik amalkanlah ESP Shaklee  (Soy Protein Isolate Powder) yang terbukti membawa pelbagai manfaat kepada kesihatan anda, memperbanyakkan susu dan juga mendapatkan kulit cantik, anjal, awet muda dan gebu.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi :

zuryati   019-317 6967




ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah, berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protin), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat. Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin
ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah, berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protin), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat. Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin
ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah, berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protin), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat. Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin
ESP ni ialah protein. Fungsi protein ni ialah untuk membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru. Jadi sebab itulah, kulit wajah cepat nampak cantik, cerah, berseri. Sel-sel kulit kita bertukar setiap 21 hari. Jadi bila sel-sel kulit ni cukup sumber makanan (protin), barulah ia dapat bertukar dengan cantik dan sihat. Maka terhasillah kulit wajah yang cantik, bersih, cerah dan gebu.

Make Money at : http://bit.ly/adflywin